Skip to content

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

of Akta Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012

ActIn forceProvision 2 of 8
Seksyen 2

“anak” termasuklah anak tiri dan anak yang diambil sebagai anak angkat oleh penerima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan;

“elaun kenangan” ertinya elaun kenangan yang diberikan di bawah subseksyen 3(1);

UNDANG-UNDANG malaysia

Akta 744

6

Undang-Undang Malaysia 6

Akta 744

“isteri” atau “suami” ertinya balu atau duda seseorang penerima yang mati yang perkahwinan mereka diiktiraf di Malaysia sebagai suatu perkahwinan yang sah di bawah mana-mana undang-undang bertulis, agama atau adat;

“penerima” ertinya seseorang yang telah dianugerahi Pingat;

“penjamin sosial” ertinya seseorang yang mengadakan, bukan bagi maksud membuat keuntungan, mana-mana jaminan yang berikut:

(a)

suatu jaminan untuk suatu pinjaman, biasiswa atau pemberian bagi maksud pendidikan atau penyelidikan;

(b)

suatu jaminan untuk suatu transaksi sewa beli suatu kenderaan untuk kegunaan peribadi atau bukan perniagaan;

(c)

suatu jaminan untuk suatu transaksi pinjaman perumahan semata-mata untuk kediaman persendirian;

“Pingat” ertinya Pingat Jasa Perkasa Persekutuan yang dianugerahkan di bawah Statut Jasa Perkasa Persekutuan

[P.W. 3152/60].