Seksyen 3
Pemberian elaun kenangan
of Akta Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan) 2012
Maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan sebanyak satu ribu ringgit sebulan kepada seseorang penerima Pingat, dan jika
Pingat itu dianugerahkan kepada penerima itu lebih daripada sekali, maka bolehlah diberikan suatu elaun kenangan yang berasingan sebanyak satu ribu ringgit sebulan kepadanya berkenaan dengan setiap Pingat yang dianugerahkan kepadanya.
(2)
Elaun kenangan hanya akan dibayar kepada seseorang penerima yang masih hidup pada permulaan kuat kuasa Akta ini.
(3)
Elaun kenangan hendaklah dibayar secara tunggakan tidak lebih awal daripada penghujung setiap bulan.
(4)
Jika Pingat dianugerahkan sebelum permulaan kuat kuasa
Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima, dalam apa-apa keadaan, mulai dari bulan permulaan kuat kuasa
Akta ini.
Jasa Perkasa Persekutuan (Elaun Kenangan)
(5)
Jika Pingat dianugerahkan pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini, elaun kenangan hendaklah dibayar kepada penerima mulai dari bulan yang Pingat itu dianugerahkan kepadanya.