Skip to content

Seksyen 28

Pempameran perakuan pendaftaran

of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pendaftaran dan Pengawalseliaan Sekolah Agama Islam) 2025

P.U. (A)In forceProvision 28 of 45
Seksyen 28

(1)

Jemaah Pengurusan hendaklah mempamerkan atau menyebabkan dipamerkan perakuan pendaftaran di tempat yang mudah dilihat di premis sekolah agama Islam dan hendaklah mengemukakan perakuan pendaftaran itu apabila diminta bagi pemeriksaan.

(2)

Mana-mana anggota Jemaah Pengurusan yang melanggar subkaedah (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan dalam hal kesalahan kedua atau yang berterusan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.