Seksyen 3
Kaedah 2 Kaedah-Kaedah ibu dipinda―
of Kaedah-Kaedah Perkhidmatan Pos (Kadar Bayaran Pos) (Pindaan) 2013
(a)
dengan memasukkan selepas takrif “bungkusan” takrif yang berikut:
‘ “bungkusan antarabangsa” ertinya apa-apa bungkusan yang disalurkan ke destinasi asing melalui udara atau laut; ’
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “bungkusan antarabangsa” takrif yang berikut:
P.U. (A) 118 3
‘ “mel antarabangsa” ertinya apa-apa surat yang tidak termasuk paket kecil antarabangsa, dan tidak melebihi satu kilogram yang disalurkan ke destinasi asing melalui udara atau laut; ’
(c)
dengan memasukkan selepas takrif “paket kecil” takrif yang berikut:
‘ “paket kecil antarabangsa” ertinya apa-apa paket kecil yang disalurkan ke destinasi asing melalui udara sahaja; ’ dan
(d)
dengan memotong takrif “mel biasa” dan takrif “mel udara”.