Seksyen 5
Kaedah 5 Kaedah-Kaedah ibu dipinda―
of Kaedah-Kaedah Perkhidmatan Pos (Kadar Bayaran Pos) (Pindaan) 2013
(a)
dengan menggantikan subkaedah 5(1) dengan subkaedah yang berikut:
“(1) Maka hendaklah dikenakan dan dibayar ke atas apa-apa mel antarabangsa, kadar bayaran pos sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.”;
(b)
dengan menggantikan subkaedah 5(2) dengan subkaedah yang berikut:
“(2) Maka hendaklah dikenakan dan dibayar ke atas apa-apa bungkusan antarabangsa, kadar bayaran pos sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat.”; dan
(c)
dengan memasukkan selepas subkaedah 5(2) subkaedah yang berikut:
P.U. (A) 118 4
“(3) Maka hendaklah dikenakan dan dibayar ke atas apa-apa paket kecil antarabangsa, kadar bayaran pos sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.”.