Skip to content

Seksyen 15

Representasi memudaratkan atau mendatangkan mudarat yang berhubungan dengan Universiti

of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Pendidikan Sultan Idris) (Tatatertib Pelajar) 2024

P.U. (A)In forceProvision 14 of 75
Seksyen 15

(1)

Tiada seorang pun pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh, membuat apa-apa representasi atau komunikasi lain, sama ada secara lisan atau bertulis, berhubung dengan apa-apa perkara mengenai Universiti, pekerja Universiti atau pelajar

Universiti, yang memudaratkan atau yang mendatangkan mudarat kepada Universiti, dalam perjalanan apa-apa kuliah, ucapan atau pernyataan awam atau dalam apa-apa penyiaran melalui bunyi atau gambar.

(2)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.