Skip to content

Seksyen 28

Pakaian pelajar

of Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) (Tatatertib Pelajar) 2024

P.U. (A)In forceProvision 27 of 73
Seksyen 28

(1)

Seseorang pelajar hendaklah berpakaian dengan sopan dan sesuai semasa menghadiri kuliah, tutorial, kelas, peperiksaan, bengkel atau semasa terlibat atau menghadiri apa-apa kegiatan di dalam Kampus.

P.U. (A) 323 26

(2)

Seseorang pelajar hendaklah mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh Naib Canselor yang berhubungan dengan cara berpakaian pelajar di dalam Kampus.

(3)

Mana-mana pelajar yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan tatatertib.