Seksyen 11
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
of Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972
Lembaga hendaklah memberi Menteri dan orang, kumpulan orang lain atau pihak berkuasa awam yang lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, penyata, laporan, akaun dan maklumat yang dikehendakinya dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan kegiatan Lembaga.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Lembaga dalam masa tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.
(3)
Menteri hendaklah menyebabkan dibentangkan setiap laporan itu dalam Dewan Rakyat.