Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Kewangan
17. Penubuhan Kumpulan Wang
Feedback & supportBagi maksud Akta ini, ditubuhkan suatu kumpulan wang yang ditadbirkan dan dikawal oleh Lembaga.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud itu oleh Parlimen atau Dewan Undangan Negeri;
apa-apa jumlah wang yang diuntukkan dari semasa ke semasa kepada Lembaga daripada wang pinjaman;
wang yang didapati daripada menjalankan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;
wang yang didapati atau yang terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana daripada obligasinya atau menjalankan mana-mana daripada kewajipannya; dan
segala jumlah wang atau harta lain yang boleh dengan apa-apa cara kena dibayar kepada, atau terletak hak pada, Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan kuasa dan kewajipannya.
Dalam seksyen ini ungkapan "kumpulan wang pinjaman" ertinya apa-apa wang yang dapat diadakan dari semasa ke semasa bagi Kerajaan Persekutuan sebagai pinjaman.