Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI
32. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportLembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan sebagaimana yang suai manfaat atau perlu bagi melaksanakan peruntukan Akta ini dengan cara yang lebih baik.
Tanpa menyentuh subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—
menetapkan cara bagaimana dokumen,cek dan surat cara daripada apa-apa jenis akan ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
menetapkan tanggungjawab dan kawalan bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga;
mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga;
mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang pada pendapat Lembaga perlu atau suai manfaat, dan khususnya, bagi mengadakan peraturan mengenai cara mengeluarkan, memindahkan hakmilik, menebus atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;
menetapkan cara dan syarat yang bagi pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27; dan
mengadakan peruntukan secara am bagi menjalankan kuasa dan kewajipannya. di bawah peruntukan Akta ini.
Peraturan-peraturan itu boleh—
menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peruntukan mana-mana peraturan hendaklah menjadi suatu kesalahan; dan
mengadakan peruuntukan bagi mengenakan penalti kerana kesalahan itu, dan penalti itu tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.