2. Pindaan seksyen 4
Feedback & supportAkta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 4—
dengan menomborkan semula seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1);
dalam subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula, dengan menggantikan perkataan “badan”
dengan perkataan “pertubuhan perbadanan”; dan
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PROFESION UNDANG-UNDANG
(PINDAAN) 2026
Undang-Undang Malaysia 4
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) sebagaimana yang dinomborkan semula subseksyen yang berikut:
“(2) Lembaga hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan.
Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini,
Lembaga boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—
membuat kontrak;
memperoleh, membeli, mengambil, memajak, memegang, menjual dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Lembaga; dan
memindahhakkan, menyerahhakkan, m e n y e r a h k a n b a l i k , m e m u l a n g k a n , m e n g g a d a i k a n , m e n g g a d a i j a n j i k a n , mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau tak alih atau apa-apa kepentingan mengenai harta itu yang terletak hak pada Lembaga.”.