7. Seksyen baharu 9b, 9c dan 9d
Feedback & supportAkta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 9a seksyen yang berikut:
“Pengarah dan kakitangan Lembaga 9b. (1) Lembaga hendaklah melantik seorang Pengarah
Lembaga dan mengambil kerja apa-apa bilangan pekerja untuk membantu Pengarah Lembaga.
Pengarah Lembaga hendaklah menjadi Setiausaha kepada
Lembaga.
Pengarah Lembaga—
hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan yang sewajarnya bagi fungsi dan hal ehwal Lembaga selaras dengan dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;
hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan Lembaga;
hendaklah bertindak sebagai pengarah bagi mana-mana kursus pengajaran atau peperiksaan yang diadakan oleh Lembaga menurut perenggan 5(e); dan
hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Undang-Undang Malaysia 10
Pengarah Lembaga dan pekerja Lembaga hendaklah dibayar apa-apa saraan dan elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Seseorang tidak layak bagi pekerjaan sebagai pekerja
Lembaga jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai syer atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau cadangan kontrak dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga.
Wang Lembaga 9c. (1) Semua wang daripada fi dan caj yang kena dibayar kepada Lembaga di bawah Akta ini hendaklah dibayar kepada
Lembaga.
Wang yang diterima oleh Lembaga di bawah Akta ini hendaklah digunakan untuk membayar semua perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini.
Wang yang tidak diperlukan dengan segera oleh
Lembaga, selepas berunding dengan Menteri Kewangan, boleh dilaburkan dalam sekuriti pemegang amanah yang ditentukan oleh Lembaga atau disimpan sebagai simpanan tetap dalam bank yang ditentukan oleh Lembaga.
Lembaga boleh menubuhkan Jawatankuasa 9d. (1) Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa yang difikirkannya perlu atau suai manfaat untuk membantunya dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.
Lembaga boleh memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota kepada sesuatu Jawatankuasa.
Profesion Undang-Undang (Pindaan)
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, dalam menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.
Mesyuarat jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan di tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.
Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.
Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (6) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa hendaklah berkhidmat dengan jawatankuasa bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.
Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Lembaga tanpa memberikan apa-apa alasan bagi pembatalan itu.
Seseorang anggota sesuatu jawatankuasa boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan suatu notis bertulis kepada Pengerusi Lembaga.”.