Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Act 1978 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian II · Lembaga
10. Fungsi tambahan bagi Lembaga
Feedback & supportSebagai tambahan kepada kewajipan yang dikenakan ke atas dan kuasa yang terletak hak pada Lembaga oleh Akta ini,
Lembaga boleh menjalankan apa-apa fungsi lain, menjalankan apa-apa kuasa lain dan mentadbirkan dan membelanjakan apa-apa wang lain bagi apa-apa maksud yang mungkin diuntukkan atau diberikan kepadanya oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan
Negeri dan dalam melakukan yang demikian Lembaga hendaklah disifatkan memenuhi maksud Akta ini dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai bagi Lembaga berkenaan dengan fungsi itu dan berkenaan dengan pentadbiran dan pembelanjaan wang itu:
Dengan syarat sentiasa bahawa akaun bagi wang itu hendaklah disimpan berasingan dan berlainan daripada akaun Kumpulan
Wang.