Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan Act 1978 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian II · Lembaga
9. Kawasan Kelantan Selatan
Feedback & support(1)
Bagi maksud Akta ini, Menteri boleh, dengan persetujuan
Kerajaan Negeri, dari semasa ke semasa menetapkan melalui pemberitahuan dalam Warta kawasan atau kawasan-kawasan yang dalamnya Lembaga akan melaksanakan fungsinya di bawah
Akta ini dan kawasan atau kawasan-kawasan itu hendaklah dinamakan“Kawasan Kelantan Selatan”.
(2)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, menjadi tanggungjawab Lembaga untuk melaksanakan fungsi yang diperuntukkan oleh Akta ini dalam Kawasan Kelantan Selatan.