Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

14. Jadual baharu Ketiga

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Kedua

Jadual yang berikut:

“Jadual Ketiga

[Subseksyen 28a(2)]

s 1Terma dan syarat pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

(1)

Pada menjalankan kuasanya di bawah Akta ini, jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut, apa-apa arahan yang dikeluarkan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa dan memilih mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi sesuatu jawatankuasa.

(3)

Seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

(4)

Pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, dibatalkan oleh Lembaga.

Undang-Undang Malaysia 10

(5)

Anggota sesuatu jawatankuasa boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatannya dengan memberikan notis secara bertulis yang ditujukan kepada

Pengerusi Lembaga.

s 2Mesyuarat

(1)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(2)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihati jawatankuasa itu tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat itu.

(3)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subperenggan (2) boleh dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

s 3Tatacara

Tertakluk kepada Akta ini, jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.”.

Kecualian dan peralihan

Report