Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

5. Pindaan seksyen 12

Seksyen 12 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam nota bahu, dengan memotong perkataan “hendaklah menjadi Ketua Pegawai Pengurus”;

(b)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Pengerusi hendaklah bertanggungjawab untuk menyelia dan mengawal pelaksanaan dasar dan keputusan yang dibuat oleh Lembaga.”; dan

Undang-Undang Malaysia 6

(c)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Pengerusi boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, mewakilkan kuasa, kewajipan atau fungsinya kepada mana-mana anggota lain, mana-mana pegawai atau pekhidmat

Lembaga untuk menjalankan kuasa, kewajipan atau fungsi itu yang terletak hak atau dipertanggungkan kepada Pengerusi di bawah Akta ini sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi.”.

Report