Akta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah 1973 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian III · Bahagian, Pegawai dan Pekhidmat
14. Penyusunan Lembaga kepada Bahagian
Feedback & supportLembaga boleh menubuhkan apa-apa Bahagian sebagaimana yang difikirkannya wajar, dan setiap Bahagian hendaklah diletakkan di bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai eksekutif yang dinamakan “Pengarah”.
Pengarah bagi setiap Bahagian hendaklah dilantik oleh
Lembaga dengan kelulusan Menteri.
Menjadi tanggungjawab Pengarah Bahagian yang berkenaan untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga mengenai perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian, tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya ditimbang dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang boleh diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.