Malaysia legislation

Section 14

of LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973

Section 14

Penyusunan Lembaga kepada Bahagian

(1)

Lembaga boleh menubuhkan apa-apa Bahagian sebagaimana yang difikirkannya wajar, dan setiap Bahagian hendaklah diletakkan di bawah kawalan dan jagaan seorang pegawai eksekutif yang dinamakan “Pengarah”.

(2)

Pengarah bagi setiap Bahagian hendaklah dilantik oleh

Lembaga dengan kelulusan Menteri.

(3)

Menjadi tanggungjawab Pengarah Bahagian yang berkenaan untuk melaksanakan dan menjalankan keputusan Lembaga mengenai perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian, tanpa hak mengundi, dalam mana-mana mesyuarat Lembaga apabila perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya ditimbang dalam mesyuarat itu dan juga untuk menjalankan segala kuasa yang boleh diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.

Section 14 — LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH ACT 1973