Seksyen 15
of Akta Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Pindaan) 2017
Amendment ActIn forceProvision 15 of 16
Seksyen 15
(1)
Walau apa pun pemotongan seksyen 34 dan 35 Akta ibu dalam seksyen 12 Akta ini, persetujuan antara Kerajaan Negeri dengan
Kerajaan Persekutuan di bawah seksyen 34 Akta ibu hendaklah terus berkuat kuasa sehingga tamat tempoh persetujuan itu.
(2)
Walau apa pun tarikh tamat tempoh persetujuan yang disebut dalam subseksyen (1), Akta ibu hendaklah terus kekal berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya sebagaimana yang dipinda dalam Akta ini.