Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011 · As enacted
2. Pindaan seksyen 2
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan seksyen 2 dengan seksyen yang berikut:
“2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akreditasi” ertinya suatu tatacara yang dengannya Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga
Undang-Undang Malaysia 4
memberikan suatu pengiktirafan rasmi bahawa sesuatu badan atau seseorang adalah kompeten untuk menjalankan suatu tugasan khusus yang berhubungan dengan industri pembinaan;
“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga termasuk
Pengerusi;
“bahan binaan” ertinya apa-apa jenis, saiz dan sifat bahan, permulaan, sementara, pertengahan atau siap, sama ada dikilangkan secara tempatan atau diimport yang digunakan bagi maksud industri pembinaan;
“bangunan” ertinya mana-mana bangunan atau struktur tetap atau sementara termasuklah mana-mana rumah, pondok, bangsal atau kepungan beratap, sama ada digunakan bagi maksud kediaman manusia atau selainnya, dan juga mana-mana dinding, bumbung, pagar, platform, pementasan, pintu pagar, tiang, pilar, pagar pancang, bingkai, dinding adang, pelancar, limbungan, dermaga, tiang sambut, jeti, pelantar pendaratan, jalan atau jambatan, atau apa-apa penyokong struktur atau asas yang menghubungi yang sebelumnya dan apa-apa binaan lain, sebagaimana yang diisytiharkan oleh
Menteri sebagai bangunan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“berurusan” ertinya mengendalikan, menggunakan, mengilangkan, membekalkan, memasarkan, memindahkan, menjual atau membeli, sama ada secara borong atau runcit, mengimport atau mengeksport;
“industri pembinaan” ertinya industri yang berkaitan dengan kerja pembinaan, termasuklah reka bentuk, pengilangan, teknologi, bahan dan mutu kerja binaan dan perkhidmatan bagi maksud pembinaan;
“institusi latihan” ertinya sesuatu institusi, tempat atau premis yang menyediakan latihan dan aktiviti berkaitan yang lain bagi personel binaan;
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
5
“kerja pembinaan” ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan, atau perobohan–
mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;
mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, laluan kabel, terusan atau padang terbang;
mana-mana saliran, tali air atau kerja pengawalan sungai;
apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau
mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan, dan termasuklah—
apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan integral atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan
hingga (e), termasuk pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan dan landskap tapak; atau
pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang semestinya diperlukan bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e);
“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11;
“kod amalan” ertinya mana-mana kod, garis panduan, standard, kaedah, spesifikasi atau amalan yang diluluskan oleh Lembaga;
“kontraktor” ertinya seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan;
Undang-Undang Malaysia 6
“kontraktor berdaftar” ertinya seseorang kontraktor yang berdaftar mengikut Akta ini;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;
“latihan” termasuklah menyediakan atau menjalani proses tertentu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan seseorang berhubungan dengan industri pembinaan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan kerja raya;
“mutu kerja binaan” ertinya teknik, kaedah atau proses pembinaan, termasuklah produk akhir kerja pembinaan;
“pegawai diberi kuasa” ertinya—
seorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 35; atau
seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor di bawah seksyen 35V;
“pekerja binaan am” ertinya mana-mana pekerja atau golongan pekerja yang tidak mahir dan yang diambil bagi kerja manual;
“pekerja binaan mahir” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan yang disenaraikan dalam
Jadual Ketiga;
“pekerja binaan separa mahir” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan)
7
“pemerakuan” ertinya suatu tatacara yang dengannya Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga memberikan jaminan bertulis bahawa sesuatu proses, amalan atau perkhidmatan mematuhi kehendak yang tertentu;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Pengurus” ertinya mana-mana pegawai Lembaga yang memegang jawatan yang setara dengan Gred 41 ke atas dalam perkhidmatan Kerajaan;
“pengurus projek binaan” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima sebagaimana yang ditentukan dan yang ditugaskan kepada tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk mengatur, merancang, mengawal dan menyelaraskan kerja pembinaan dari awal hingga selesai;
“penyelia tapak binaan” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk menyelia kerja pembinaan;
“personel binaan” ertinya—
pekerja binaan am;
pekerja binaan separa mahir;
pekerja binaan mahir;
penyelia tapak binaan;
pengurus projek binaan; dan
mana-mana pekerja lain dalam industri pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
“personel binaan berdaftar” ertinya seseorang personel binaan yang berdaftar atau diperakukan mengikut Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 8
“Sistem Binaan Berindustri atau SBB” ertinya teknik pembinaan yang dengannya komponen dibuat dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di tapak atau luar tapak dan seterusnya dibawa, ditempatkan dan dipasangkan ke dalam kerja pembinaan;
“standard” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549] dan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006
[Akta 652];
“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subsekyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125].
Bagi maksud Akta ini, mana-mana orang yang telah diawardkan atau telah menyempurnakan apa-apa kontrak bagi kerja pembinaan, atau telah mengaku janji untuk menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan, atau telah menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan hendaklah disifatkan sebagai seorang kontraktor melainkan jika dibuktikan sebaliknya.”.
Bahagian VI