Skip to content
In forceAs enactedRead it in English
Contents

Amendment Act

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011

Amends the Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Act 1994

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Pembangunan

Industri Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

s 2Pindaan seksyen 2

Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 [Akta 520], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dengan menggantikan seksyen 2 dengan seksyen yang berikut:

“2. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“akreditasi” ertinya suatu tatacara yang dengannya Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga

Undang-Undang Malaysia 4

memberikan suatu pengiktirafan rasmi bahawa sesuatu badan atau seseorang adalah kompeten untuk menjalankan suatu tugasan khusus yang berhubungan dengan industri pembinaan;

“Akta ini” termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;

“anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga termasuk

Pengerusi;

“bahan binaan” ertinya apa-apa jenis, saiz dan sifat bahan, permulaan, sementara, pertengahan atau siap, sama ada dikilangkan secara tempatan atau diimport yang digunakan bagi maksud industri pembinaan;

“bangunan” ertinya mana-mana bangunan atau struktur tetap atau sementara termasuklah mana-mana rumah, pondok, bangsal atau kepungan beratap, sama ada digunakan bagi maksud kediaman manusia atau selainnya, dan juga mana-mana dinding, bumbung, pagar, platform, pementasan, pintu pagar, tiang, pilar, pagar pancang, bingkai, dinding adang, pelancar, limbungan, dermaga, tiang sambut, jeti, pelantar pendaratan, jalan atau jambatan, atau apa-apa penyokong struktur atau asas yang menghubungi yang sebelumnya dan apa-apa binaan lain, sebagaimana yang diisytiharkan oleh

Menteri sebagai bangunan, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;

“berurusan” ertinya mengendalikan, menggunakan, mengilangkan, membekalkan, memasarkan, memindahkan, menjual atau membeli, sama ada secara borong atau runcit, mengimport atau mengeksport;

“industri pembinaan” ertinya industri yang berkaitan dengan kerja pembinaan, termasuklah reka bentuk, pengilangan, teknologi, bahan dan mutu kerja binaan dan perkhidmatan bagi maksud pembinaan;

“institusi latihan” ertinya sesuatu institusi, tempat atau premis yang menyediakan latihan dan aktiviti berkaitan yang lain bagi personel binaan;

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(Pindaan)

5

“kerja pembinaan” ertinya pembinaan, penyambungan, pemasangan, pembaikan, penyenggaraan, pembaharuan, pemindahan, pengubahsuaian, pengubahan, perombakan, atau perobohan–

(a)

mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;

(b)

mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, laluan kabel, terusan atau padang terbang;

(c)

mana-mana saliran, tali air atau kerja pengawalan sungai;

(d)

apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau

(e)

mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan, dan termasuklah—

(A)

apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan integral atau adalah persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan

(a)

hingga (e), termasuk pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan dan landskap tapak; atau

(B)

pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang semestinya diperlukan bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e);

“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11;

“kod amalan” ertinya mana-mana kod, garis panduan, standard, kaedah, spesifikasi atau amalan yang diluluskan oleh Lembaga;

“kontraktor” ertinya seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan;

Undang-Undang Malaysia 6

“kontraktor berdaftar” ertinya seseorang kontraktor yang berdaftar mengikut Akta ini;

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;

“latihan” termasuklah menyediakan atau menjalani proses tertentu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan seseorang berhubungan dengan industri pembinaan;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pembangunan Industri

Pembinaan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara-perkara yang berhubungan dengan kerja raya;

“mutu kerja binaan” ertinya teknik, kaedah atau proses pembinaan, termasuklah produk akhir kerja pembinaan;

“pegawai diberi kuasa” ertinya—

(a)

seorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 35; atau

(b)

seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor di bawah seksyen 35V;

“pekerja binaan am” ertinya mana-mana pekerja atau golongan pekerja yang tidak mahir dan yang diambil bagi kerja manual;

“pekerja binaan mahir” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga dan yang disenaraikan dalam

Jadual Ketiga;

“pekerja binaan separa mahir” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(Pindaan)

7

“pemerakuan” ertinya suatu tatacara yang dengannya Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga memberikan jaminan bertulis bahawa sesuatu proses, amalan atau perkhidmatan mematuhi kehendak yang tertentu;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

“Pengurus” ertinya mana-mana pegawai Lembaga yang memegang jawatan yang setara dengan Gred 41 ke atas dalam perkhidmatan Kerajaan;

“pengurus projek binaan” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima sebagaimana yang ditentukan dan yang ditugaskan kepada tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk mengatur, merancang, mengawal dan menyelaraskan kerja pembinaan dari awal hingga selesai;

“penyelia tapak binaan” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk menyelia kerja pembinaan;

“personel binaan” ertinya—

(a)

pekerja binaan am;

(b)

pekerja binaan separa mahir;

(c)

pekerja binaan mahir;

(d)

penyelia tapak binaan;

(e)

pengurus projek binaan; dan

(f)

mana-mana pekerja lain dalam industri pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

“personel binaan berdaftar” ertinya seseorang personel binaan yang berdaftar atau diperakukan mengikut Akta ini;

Undang-Undang Malaysia 8

“Sistem Binaan Berindustri atau SBB” ertinya teknik pembinaan yang dengannya komponen dibuat dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di tapak atau luar tapak dan seterusnya dibawa, ditempatkan dan dipasangkan ke dalam kerja pembinaan;

“standard” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549] dan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006

[Akta 652];

“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subsekyen 4(1) Akta Syarikat 1965 [Akta 125].

(2)

Bagi maksud Akta ini, mana-mana orang yang telah diawardkan atau telah menyempurnakan apa-apa kontrak bagi kerja pembinaan, atau telah mengaku janji untuk menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan, atau telah menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan hendaklah disifatkan sebagai seorang kontraktor melainkan jika dibuktikan sebaliknya.”.

s 3Pindaan seksyen 3

Seksyen 3 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia”

perkataan “, dan boleh disebut bagi kesemua maksud dengan akronim “CIDB”, dan”.

s 4Pindaan seksyen 4

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 4 dengan seksyen yang berikut:

s 4“Fungsi Lembaga

(1)

Fungsi Lembaga ialah—

(a)

memajukan dan merangsang pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan;

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(Pindaan)

(b)

menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara-perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan;

(c)

memajukan, merangsang dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan industri pembinaan;

(d)

memajukan, merangsang dan membantu dalam pengeksportan perkhidmatan berhubungan dengan industri pembinaan;

(e)

mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan;

(f)

memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri pembinaan;

(g)

mengawal selia pematuhan standard bagi mutu kerja binaan dan bahan binaan;

(h)

mendapatkan, menyiarkan, memulakan dan menyenggarakan maklumat yang berhubungan dengan industri pembinaan termasuklah penubuhan sistem maklumat industri pembinaan;

(i)

mengadakan, memajukan, mengkaji semula dan menyelaraskan latihan dalam industri pembinaan;

(j)

mendaftar dan mengakreditasi kontraktor, mengenakan apa-apa syarat pendaftaran dan akreditasi kontraktor dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor itu;

(k)

mendaftar, mengakreditasi dan memperakukan personel binaan dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan personel binaan itu;

(l)

mengawal selia pelaksanaan bagi kerja pembinaan yang berkualiti dan selamat;

(m)

mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan; dan

Undang-Undang Malaysia 10

(n)

menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap yang menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.

(2)

Lembaga mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan yang tersebut di atas—

(a)

menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang berhubungan dengan industri pembinaan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;

(b)

memberikan pengiktirafan rasmi dan jaminan bertulis termasuk mengawardkan perakuan bagi maksud pemerakuan;

(c)

dengan kelulusan Menteri dan Menteri

Kewangan—

(i)

membuat apa-apa perkongsian, usaha sama, program penswastaan, skim, perusahaan, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain bagi perkongsian keuntungan atau menjalankan aktivitinya secara bersekutu dengan, atau selainnya, mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau Kerajaan;

(ii)

memperoleh syer atau sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain dan melupuskan atau memegang syer atau sekuriti itu;

(iii)

menubuhkan suatu perbadanan dengan nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan mempunyai jagaan, pengelolaan dan pengurusan ke atas mana-mana projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan Lembaga;

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(Pindaan)

(iv)

menubuhkan atau memajukan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dan menjalankan atau mengambil dan mempunyai jagaan, pengelolaan dan pengurusan ke atas mana-mana projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan

Lembaga;

(d)

mengadakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau selainnya kepada orang yang terlibat dalam industri pembinaan bagi maksud menggalakkan industri tersebut dan mengadakan apa-apa jaminan bagi pihak mereka;

(e)

menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau pembangunan, atau kedua-duanya, berhubungan dengan industri pembinaan;

(f)

mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut untuk melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;

(g)

menerima atau membayar sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan olehnya atau mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan itu, apa-apa komisen atau pembayaran sebagaimana yang dipersetujui dengan mana-mana orang; dan

(h)

melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.

(3)

Jadual Kedua terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subperenggan (2)(c)(iii).

(4)

Tertakluk kepada seksyen 7, menjadi tanggungjawab

Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut apa-apa cara yang akan menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan industri pembinaan.”.

Undang-Undang Malaysia 12

s 5Pindaan seksyen 11

Seksyen 11 Akta ibu dipinda dengan memotong perkataan

“Pegawai” di mana-mana jua terdapat.

s 6Pindaan seksyen 15

Seksyen 15 Akta ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (2)(g), dengan menggantikan perkataan

“kontraktor dan akreditasi, pemerakuan dan pendaftaran pekerja binaan mahir dan penyelia tapak binaan” dengan perkataan “, akreditasi, pemerakuan dan latihan kontraktor dan personel binaan di bawah Akta ini”;

(b)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (2)(h); dan

(c)

dengan memasukkan selepas perenggan (2)(h) perenggan yang berikut:

“(ha) wang yang dipungut dan diterima di bawah seksyen 38C; dan”.

s 7Pindaan seksyen 20

Seksyen 20 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri” di mana-mana jua terdapat perkataan “dan

Menteri Kewangan”.

s 8Pindaan seksyen 21

Seksyen 21 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri” di mana-mana jua terdapat perkataan “dan

Menteri Kewangan”.

s 9Pindaan seksyen 22

Seksyen 22 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Menteri” di mana-mana jua terdapat perkataan “dan

Menteri Kewangan”.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

(Pindaan)

s 10Pindaan seksyen 23

Seksyen 23 Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “mengambil khidmat” perkataan “atau melantik”.

s 11Penggantian seksyen 24

Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 24 dengan seksyen yang berikut:

s 24“Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga

(1)

Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsi dan kuasanya, kecuali kuasa untuk meminjam wang, memberikan pinjaman, melabur, membuat peraturan-peraturan, atau kuasa yang dinyatakan di bawah perenggan 4(2)(c) kepada—

(a)

mana-mana anggota Lembaga;

(b)

mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan oleh

Lembaga; atau

(c)

mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh anggota, jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2)

Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan.”.

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ibu dipinda dalam kepala, dengan memasukkan selepas perkataan “PENDAFTARAN” perkataan