Seksyen 26
Pengakruan tindakan baru atas akuan atau pembayaran sebahagian
(a)
orang yang memiliki tanah atau harta peribadi itu mengakui hakmilik orang yang kepadanya hak tindakan itu telah terakru; atau
(b)
dalam hal mana-mana tindakan oleh penggadai janji atau pemegang gadaian orang yang memiliki yang tersebut dahulu atau orang yang bertanggungan terhadap hutang yang dicagarkan dengan gadai janji atau gadaian itu membuat apa-apa bayaran mengenainya, sama ada bayaran wang pokok atau bunganya,
26
Undang-Undang Malaysia hak itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada dan bukan sebelum tarikh pengakuan atau pembayaran terakhir.
(2)
Jika apa-apa hak tindakan telah terakru bagi mendapat kembali apa-apa hutang atau apa-apa tuntutan wang yang tertentu jumlahnya, atau apa-apa tuntutan terhadap harta pusaka peribadi kepunyan orang yang mati atau terhadap apa-apa bahagian atau kepentingan di dalamnya, dan orang yang bertanggungan atau bertanggungjawab terhadapnya mengakui tuntutan itu atau membuat apa-apa bayaran berkenaan dengannya, hak itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada dan bukan sebelum tarikh bayaran terakhir:
Dengan syarat bahawa bayaran sebahagian daripada sewa atau bunga yang kena dibayar pada bila-bila masa tidak boleh melanjutkan tempoh bagi menuntut baki sewa atau bunga yang kena dibayar pada masa itu, tetapi apa-apa bayaran bunga adalah mempunyai kesan, bagi maksud subseksyen ini sahaja, seolah-olah ia suatu bayaran bagi hutang pokok.