Seksyen 27
Peruntukan formal mengenai akuan dan pembayaran sebahagian
ActIn forceProvision 27 of 36
Seksyen 27
(1)
Tiap-tiap akuan yang dirujuk dalam seksyen 26 atau dalam proviso kepada seksyen 16 Akta ini hendaklah secara bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuat akuan itu.
(2)
Apa-apa akuan atau pembayaran yang dirujuk dalam seksyen 26 atau dalam proviso kepada seksyen 16 Akta ini boleh dibuat oleh ejen orang yang dikehendaki membuatnya di bawah seksyen itu, dan hendaklah dibuat kepada orang itu, atau kepada ejen orang itu, yang diakui hakmilik atau tuntutannya itu atau, mengikut mana yang berkenaan, yang mengenai tuntutannya pembayaran itu dibuat.