Seksyen 2
Tafsiran
of Akta Pinjaman (Bank Antarabangsa) 1958
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Bank” ertinya Bank Antarabangsa bagi Pembinaan Semula dan
Pembangunan;
“Kumpulan Wang Disatukan” ertinya Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan yang ditubuhkan oleh
Perkara 97
Perlembagaan Persekutuan;
* CATATAN–Semua sebutan mengenai “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai
“Semenanjung Malaysia” -lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996] subseksyen 5(2).
6 Undang-Undang Malaysia Akta 411
“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;
“pihak berkuasa berkanun” ertinya suatu pihak berkuasa tempatan dan mana-mana badan yang diperbadankan secara langsung oleh mana-mana undang-undang bertulis dan menjalankan kuasa yang terletak hak kepada badan itu oleh undang-undang bagi maksud awam.
(2)
Berhubung dengan pemakaian Akta ini bagi Sabah dan Sarawak, sebutan mengenai mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana peruntukannya, yang berkuat kuasa di *Semenanjung Malaysia hendaklah—
(a)
jika undang-undang bertulis itu telah diperluaskan untuk dipakai bagi Sabah dan Sarawak, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai undang-undang bertulis itu atau peruntukannya sebagaimana yang diperluaskan demikian;
atau
(b)
jika undang-undang bertulis itu belum lagi diperluaskan demikian, ditafsirkan sebagai sebutan yang bersamaan dengan undang-undang bertulis atau peruntukan, jika ada, yang berkuat kuasa di Sabah dan Sarawak, mengikut mana-mana yang berkenaan.