8. Sekatan ke atas kuasa meminjam bagi pihak berkuasa berkanun selagi jaminan masih belum selesai
Feedback & supportSelagi Kerajaan akan terus bertanggungan di bawah apa-apa jaminan atau akujanji lain yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(1) berkenaan dengan apa-apa peminjaman oleh suatu pihak berkuasa berkanun pihak berkuasa berkanun itu tidak boleh, kecuali dengan persetujuan Menteri, menjalankan apa-apa kuasa meminjam yang lain yang ada padanya.