5. Kuasa untuk membuat perintah sementara tentang nafkah terhadap orang yang bermastautin di negara salingan
Feedback & supportJika suatu permohonan dibuat kepada suatu Mahkamah tempatan bagi mendapatkan suatu perintah nafkah terhadap mana-mana orang, dan jika dibuktikan bahawa orang itu bermastautin di suatu negara salingan, Mahkamah itu boleh, tanpa kehadiran orang itu, jika selepas mendengar keterangan Mahkamah itu berpuas hati tentang keadilan permohonan itu, membuat apa-apa perintah yang boleh dibuat olehnya sekiranya saman telah disampaikan dengan sewajarnya kepada orang itu dan orang itu tidak hadir dalam pendengaran itu, tetapi dalam hal yang sedemikian perintah itu sementara sahaja, dan tidaklah mempunyai kuat kuasa melainkan jika dan sehingga disahkan oleh suatu mahkamah berwibawa di negara salingan itu.
Keterangan mana-mana saksi yang diperiksa tentang mana-mana permohonan sedemikian hendaklah ditulis, dan deposisi itu hendaklah dibacakan kepadanya dan ditandatangani olehnya.
Jika suatu perintah dibuat sebagaimana yang disebut terdahulu, Mahkamah itu hendaklah menghantar deposisi yang diambil sedemikian dan suatu salinan diperakui perintah itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri untuk disampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara salingan itu bersama dengan suatu perakuan yang menyatakan alasan yang berdasarkannya pembuatan perintah itu mungkin boleh dibangkang sekiranya saman telah disampaikan dengan sewajarnya kepada orang yang terhadapnya perintah itu dibuat dan orang itu telah hadir dalam pendengaran itu, serta apa-apa maklumat yang dimiliki oleh
Mahkamah itu bagi memudahkan orang itu dikenal pasti, dan bagi menentukan di mana orang itu berada.
Jika mana-mana perintah sementara sedemikian telah sampai di hadapan sesuatu mahkamah berwibawa di negara salingan itu untuk disahkan, dan perintah itu telah dihantar balik oleh mahkamah itu, bagi maksud mengambil keterangan lanjut, kepada Mahkamah tempatan yang berkenaan yang telah membuat perintah itu, Mahkamah tempatan itu hendaklah, selepas 034b.fm Page 7 Tuesday, March 28, 2006 8:56 AM
8
Undang-Undang Malaysia memberikan notis yang ditetapkan, terus mengambil keterangan mengikut cara yang serupa dan tertakluk kepada syarat yang serupa seperti keterangan bagi menyokong permohonan yang asal.
Jika apabila keterangan itu didengar Mahkamah itu mendapati bahawa perintah itu tidak sepatutnya dibuat,
Mahkamah itu boleh menghapuskan perintah itu, tetapi dalam mana-mana hal yang lain deposisi itu hendaklah dihantar kepada
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri dan diuruskan mengikut cara yang serupa seperti deposisi yang asal.
Pengesahan sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menyentuh apa-apa kuasa sesuatu Mahkamah tempatan untuk mengubah atau menghapuskan perintah itu:
Dengan syarat bahawa apabila membuat sesuatu perintah pengubahan atau penghapusan, Mahkamah itu hendaklah menghantar suatu salinan diperakui perintah itu kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal luar negeri untuk disampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara salingan itu, dan bahawa dalam hal sesuatu perintah yang mengubah perintah yang asal, perintah itu tidak mempunyai apa-apa kuat kuasa melainkan jika dan sehingga disahkan mengikut cara yang serupa seperti perintah yang asal.
Pemohon berhak membuat rayuan, jika ada, terhadap keengganan membuat suatu perintah sementara sama seperti dia berhak membuat rayuan terhadap keengganan membuat suatu perintah sekiranya saman telah disampaikan dengan sempurnanya kepada orang yang terhadapnya perintah itu diminta supaya dibuat.