9. Bukti tentang dokumen yang ditandatangani oleh pegawai mahkamah
Feedback & supportApa-apa dokumen yang berupa sebagai ditandatangani oleh seseorang Hakim atau pegawai sesuatu mahkamah di sesuatu negara salingan hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, disifatkan telah ditandatangani sedemikian tanpa bukti tentang tandatangan atau sifat kehakiman atau jawatan orang yang tampaknya telah menandatanganinya, dan pegawai sesuatu mahkamah yang menandatangani sesuatu dokumen hendaklah, sehingga akasnya dibuktikan, disifatkan sebagai pegawai yang sepatutnya bagi mahkamah itu untuk menandatangani dokumen itu.