Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
of Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024
“Agensi” ertinya Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“barang-barang” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“kawasan yang ditetapkan” ertinya mana-mana kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang merangkumi—
(a)
mana-mana pos kawalan imigresen, tempat mendarat yang dibenarkan, lapangan terbang yang dibenarkan atau pintu masuk yang dibenarkan, yang ditetapkan di bawah
Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];
(b)
mana-mana tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang, pelabuhan kastam, lapangan terbang kastam atau tempat import dan eksport melalui jalan atau kereta api, yang ditetapkan di bawah Akta Kastam 1967;
(c)
mana-mana pintu masuk, stesen kuarantin atau premis kuarantin, yang dinyatakan atau diisytiharkan di bawah
Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728];
(d)
mana-mana zon bebas yang diisytiharkan di bawah
Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; atau
(e)
mana-mana stesen kuarantin yang diisytiharkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit
Berjangkit 1988 [Akta 342];
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 7
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;
“pegawai Agensi” ertinya pegawai Agensi Kawalan dan
Perlindungan Sempadan Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 5(1), dan termasuklah Ketua Pengarah dan Timbalan
Ketua Pengarah Agensi;
“pihak berkuasa berwibawa” termasuklah mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, bagi Kerajaan Persekutuan atau bagi mana-mana Kerajaan Negeri yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya, yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang bertulis yang berkaitan;
“undang-undang bertulis yang berkaitan” ertinya undang-undang bertulis persekutuan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang bertulis itu.