Skip to content
In forceUpdated to 17 Oct 2024Read it in English

Act of Parliament

Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024

Feedback & supportSets up an agency for border control and protection

Long title

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, dan fungsi dan kuasanya yang berhubungan dengan kawalan dan perlindungan sempadan, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berkaitan.

In force · Updated to 17 Oct 2024

Bahagian I

Permulaan

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Agensi Kawalan dan

Perlindungan Sempadan Malaysia 2024.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan—

(a)

bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan

Akta ini;

(b)

bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia; atau

Undang-Undang Malaysia 6

(c)

bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan

Akta ini di bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Agensi” ertinya Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“barang-barang” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Kastam 1967 [Akta 235];

“kawasan yang ditetapkan” ertinya mana-mana kawasan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama yang merangkumi—

(a)

mana-mana pos kawalan imigresen, tempat mendarat yang dibenarkan, lapangan terbang yang dibenarkan atau pintu masuk yang dibenarkan, yang ditetapkan di bawah

Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155];

(b)

mana-mana tempat mendarat yang sah di sisi undang-undang, pelabuhan kastam, lapangan terbang kastam atau tempat import dan eksport melalui jalan atau kereta api, yang ditetapkan di bawah Akta Kastam 1967;

(c)

mana-mana pintu masuk, stesen kuarantin atau premis kuarantin, yang dinyatakan atau diisytiharkan di bawah

Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728];

(d)

mana-mana zon bebas yang diisytiharkan di bawah

Akta Zon Bebas 1990 [Akta 438]; atau

(e)

mana-mana stesen kuarantin yang diisytiharkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit

Berjangkit 1988 [Akta 342];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 7

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal dalam negeri;

“pegawai Agensi” ertinya pegawai Agensi Kawalan dan

Perlindungan Sempadan Malaysia yang dilantik di bawah subseksyen 5(1), dan termasuklah Ketua Pengarah dan Timbalan

Ketua Pengarah Agensi;

“pihak berkuasa berwibawa” termasuklah mana-mana kementerian, jabatan, pejabat, agensi, pihak berkuasa, suruhanjaya, jawatankuasa, lembaga, majlis atau badan lain, bagi Kerajaan Persekutuan atau bagi mana-mana Kerajaan Negeri yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya, yang bertanggungjawab bagi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang bertulis yang berkaitan;

“undang-undang bertulis yang berkaitan” ertinya undang-undang bertulis persekutuan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua dan termasuklah mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang bertulis itu.

Bahagian II

Penubuhan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia dan Pelantikan Pegawai

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa Agensi

Bahagian IV

Bahagian V

Kecualian

Schedules