Malaysian Communications and Multimedia Commission Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian II · Suruhanjaya
4. Penubuhan Suruhanjaya
Feedback & supportMaka dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia”.
Suruhanjaya adalah kekal turun-temurun.
Suruhanjaya boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadanannya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, dan atas apa-apa terma yang difikirkannya patut, Suruhanjaya boleh—
membuat kontrak; dan
berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan harta tak alih—
memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan
memegang, menikmati, memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahmilikkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai, harta dan kepentingan itu yang terletak hak pada Suruhanjaya.