Seksyen 15
Tugas Ketua Eksekutif
of Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980
Ketua Eksekutif hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai pentadbir dan ketua pegawai akademik
Majlis dan hendaklah melaksanakan apa-apa tugas yang berkenaan dengan sesuatu jawatan sedemikian itu.
(2)
Secara khususnya, adalah menjadi kewajipan Ketua Eksekutif untuk memastikan bahawa peruntukan Akta ini dan peruntukan mana-mana perundangan kecil yang dibuat di bawah Akta ini dipatuhi.
(3)
Ketua Eksekutif boleh melakukan semua hal yang menepati undang-undang sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini.
(4)
Ketua Eksekutif bertanggungjawab kepada Majlis dalam melaksanakan tugasnya di bawah Akta ini.
Majlis Peperiksaan Malaysia 15