Seksyen 21
of Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980
ActIn forceProvision 22 of 32
Seksyen 21
(1)
Majlis bertanggungjawab kepada Menteri dan Menteri boleh dari semasa ke semasa memberi kepada Majlis arahan secara am yang tidak berlawanan dengan peruntukan Akta ini, dan Majlis hendaklah melaksanakan semua arahan itu.
(2)
Majlis hendaklah memberi kepada Menteri apa-apa penyata, laporan, akaun dan maklumat mengenai harta dan aktivitinya sebagaimana yang dikehendaki oleh Menteri dari semasa ke semasa.
(3)
Menteri boleh pada bila-bila masa melantik suatu jawatankuasa siasatan untuk menyiasat hal ehwal Majlis dan jawatankuasa itu hendaklah mengemukakan laporannya kepada Menteri.