Skip to content

Seksyen 21

of Akta Majlis Media Malaysia 2025

ActIn forceProvision 21 of 23

Seksyen 21

(1)

Majlis boleh mengeluarkan apa-apa garis panduan, arahan, pekeliling, standard dan notis sebagaimana yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Majlis, yang hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

(2)

Mana-mana ahli yang gagal mematuhi garis panduan, arahan, pekeliling, standard dan notis adalah tertakluk pada prosiding tatatertib Majlis.

(3)

Garis panduan, arahan, pekeliling, standard dan notis itu hendaklah dibuat dan diterima pakai oleh Majlis melalui suatu ketetapan undi majoriti biasa ahli yang hadir dan mengundi dalam mesyuarat agung.