Skip to content

Seksyen 18

Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia

of Akta Majlis Media Malaysia 2025

ActIn forceProvision 18 of 23
Seksyen 18
(1)

Kumpulan Wang Majlis Media Malaysia hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Majlis;

(b)

membayar saraan, elaun dan perbelanjaan lain ahli Lembaga, jawatankuasa dan pekerja Majlis;

(c)

membiayai aktiviti penyelidikan berhubung dengan pembangunan industri media;

(d)

membayar apa-apa fi keahlian kepada mana-mana badan atau pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia, yang Majlis ialah ahli sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

Majlis Media Malaysia 21

(e)

membuat sumbangan kepada badan atau pertubuhan, di dalam atau di luar Malaysia, berkaitan dengan aktiviti kewartawanan sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga; dan

(f)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain berhubung dengan perolehan barangan dan perkhidmatan, termasuklah pengambilan perunding, fi dan kos guaman serta fi dan kos lain, yang ditanggung atau diterima dengan sewajarnya oleh Majlis dalam melaksanakan fungsinya dan menjalankan kuasanya di bawah Akta ini.

(2)

Walau apa pun perenggan (1)(e), apa-apa sumbangan kepada badan atau pertubuhan di luar Malaysia hendaklah tertakluk pada kelulusan Menteri.