Skip to content

Seksyen 7

Keahlian Majlis

of Akta Majlis Media Malaysia 2025

ActIn forceProvision 7 of 23
Seksyen 7
(1)

Ahli Majlis hendaklah terdiri daripada mana-mana orang, persatuan atau syarikat media yang berikut:

(a)

satu kategori yang terdiri daripada syarikat media, yang diwakili oleh penerbit media masing-masing atau pengurusan kanan yang dinamakan;

12

Undang-Undang Malaysia

Akta 868

(b)

satu kategori yang terdiri daripada persatuan media, yang diwakili oleh mana-mana ahli persatuan yang dinamakan, pengamal media dan pengamal media bebas; dan

(c)

satu kategori yang terdiri daripada ahli bukan media.

(2)

Setiap permohonan keahlian Majlis hendaklah dibuat kepada

Lembaga dengan disertakan pembayaran fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis di bawah perenggan 6(2)(c).

(3)

Keahlian Majlis hendaklah diperbaharui setiap tahun dengan disertakan pembayaran fi sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis di bawah perenggan 6(2)(c).