Skip to content
In forceUpdated to 6 Jun 2025Read it in English

Bahagian III · Lembaga Majlis

9. Pengerusi

Feedback & support
(1)

Anggota Lembaga hendaklah melantik seorang Pengerusi yang akan mengetuai Lembaga dan Majlis.

(2)

Mana-mana anggota badan perundangan, atau mana-mana orang yang terlibat secara aktif dalam politik atau berdaftar dengan mana-mana parti politik, atau mana-mana anggota perkhidmatan awam, tidak boleh dilantik sebagai Pengerusi.

(3)

Pengerusi hendaklah disifatkan sebagai ahli Majlis, dan hendaklah mempunyai undi pemutus dalam semua pertimbangtelitian

Lembaga dan Majlis.

(4)

Seorang Timbalan Pengerusi hendaklah dipilih oleh anggota

Lembaga dalam kalangan mereka.

(5)

Jika Pengerusi tidak dapat melaksanakan fungsinya kerana apa-apa sebab, atau dalam apa-apa tempoh kekosongan jawatan

Pengerusi, Timbalan Pengerusi hendaklah melaksanakan fungsi

Pengerusi.

Report

Bahagian IV

Mekanisme Ketidakpuasan Hati dan Prosiding Tatatertib

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Schedules