Skip to content

Seksyen 20

Pelantikan pegawai dan pekhidmat

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 20 of 71
Seksyen 20

(1)

Tertakluk kepada apa-apa peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Lembaga boleh—

(a)

dengan keizinan Menteri, melantik apa-apa bilangan

Timbalan Ketua Pengarah;

(b)

melantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat lain sebagaimana yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini, atas apa-apa terma dan syarat yang didapati wajar oleh Lembaga.

(2)

Tiada seorang pun layak diambil khidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa bahagian atau kepentingan dalam apa-apa kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak Lembaga.

(3)

Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, membuat

Peraturan-Peraturan berkenaan dengan syarat-syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya.