Seksyen 3
Lembaga dan matlamatnya
of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006
(1)
Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama Lembaga Lada
Malaysia ditubuhkan.
(2)
Lembaga adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya.
(3)
Matlamat Lembaga adalah—
(a)
untuk menggalakkan penanaman lada;
(b)
untuk membangunkan dan menggalakkan industri lada;
(c)
untuk menggalakkan penyelidikan tentang lada, keluaran lada dan industri lada;
(d)
untuk membangunkan matlamat, dasar dan keutamaan negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri lada
Malaysia yang teratur; dan
(e)
untuk mengawal selia industri lada kecuali penanaman dan penyelidikan tentang lada.
(4)
Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi
Lembaga.