Skip to content

Seksyen 26

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

of Akta Lembaga Lada Malaysia 2006

ActIn forceProvision 26 of 71
Seksyen 26

(1)

Perbelanjaan Lembaga sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.

(2)

Sebelum bermulanya bulan Jun setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum bermulanya bulan

Disember tahun itu, memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada

Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan dimasukkan ke dalam anggaran tambahan itu.