Seksyen 2
Tafsiran
of Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga, dan termasuklah seseorang anggota silih ganti;
“dalam transit” ertinya diambil atau dihantar dari mana-mana negara dan dibawa masuk ke dalam Malaysia melalui darat, laut atau udara (sama ada atau tidak didaratkan atau dipindahkan ke pengangkut lain di Malaysia) bagi maksud semata-mata dibawa ke suatu negara lain sama ada dengan pengangkut yang sama atau yang lain;
“dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa hasil atau output daripada aktiviti penyelidikan dan pembangunan dan termasuklah keluaran yang baru atau lebih baik, reka bentuk, rekaan, inovasi dan pembangunan dalam apa-apa proses, teknik, alat atau mesin;
“eksport” ertinya membawa atau menyebabkan dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara atau meletakkan apa-apa kayu dalam suatu vesel, pengangkut atau pesawat udara bagi maksud supaya kayu itu dibawa keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara;
“hari yang ditetapkan” ertinya hari Akta ini, atau, jika tarikh yang berlainan ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini, hari Bahagian VI, mula berkuat kuasa;
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
11
“import” ertinya membawa atau menyebabkan dibawa apa-apa kayu ke dalam Malaysia melalui darat, laut atau udara tetapi tidak termasuk transit kayu dan pemindahan kayu ke pengangkut lain yang suci hati;
“jeti” ertinya sesuatu yad yang darinya kayu boleh dipindahkan secara terus untuk dikapalkan dengan segera tanpa perlu disimpan di suatu yad lain;
“kayu” ertinya keluaran atau mana-mana daripada keluaran yang disenaraikan dalam Jadual Pertama;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah yang dilantik di bawah seksyen 9 dan termasuklah Timbalan Ketua Pengarah;
“kilang” ertinya apa-apa bangunan atau pabrik yang digunakan keseluruhannya atau sebahagiannya bagi mengilang, memproses, mengering atau mengawet kayu;
“kualiti kayu” ertinya gred, spesies, saiz dan apa-apa spesifikasi yang berhubungan dengan kayu;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Perindustrian
Kayu Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 19;
“ladang hutan” ertinya penanaman, pengurusan dan pengusahahasilan pokok di bawah Program Pembangunan Ladang
Hutan yang dilaksanakan oleh Lembaga;
“Lembaga” ertinya Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“pasaran dalam negeri” ertinya pasaran dalam Malaysia;
“pedagang” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan menjual, memperdagangkan, mengagih atau memasarkan kayu bagi maksud pasaran dalam negeri;
“pegawai kastam yang hak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235];
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 105
“pegawai penguat kuasa” ertinya—
(a)
seorang pegawai Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 26A;
(b)
seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor; atau
(c)
seorang pegawai kastam sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Kastam 1967;
“pembekal” ertinya seseorang yang membekalkan kayu bagi maksud eksport;
“Pemeriksa Kawalan Kualiti” ertinya seseorang pemeriksa kawalan kualiti yang dilantik di bawah seksyen 9;
“pemeringkat” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang sah bagi memeringkat kayu yang digergaji, yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemeringkatan;
“pemproses” ertinya seseorang yang menjalankan perniagaan mengering tanur atau mengawet kayu;
“pengeksport” ertinya seseorang yang mengeksport kayu;
“pengendali” ertinya seseorang yang memegang suatu perakuan kelayakan yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga untuk mengendalikan loji mengawet kayu, loji mengering tanur kayu atau kedua-duanya;
“pengendali jeti” ertinya seseorang yang mengendalikan sesuatu jeti yang terlibat dalam apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan pengeksportan atau pengimportan kayu;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 4;
“pengusahahasilan” ertinya mengambil, memungut, menoreh atau mengalih, apa-apa hasil hutan bagi maksud ladang hutan;
“pengimport” ertinya seseorang yang mengimport kayu;
“perindustrian kayu” ertinya apa-apa aktiviti yang melibatkan ladang hutan, pembangunan, perdagangan, pemasaran, pemprosesan, pengilangan dan pengeluaran dan penyelidikan tentang kayu;
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)
13
“permit”, berhubung dengan pengeksportan atau pengimportan kayu, ertinya suatu perakuan kelulusan yang dikeluarkan oleh
Lembaga;
“persatuan yang diiktiraf” ertinya sesuatu persatuan, badan atau pertubuhan yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga;
“pihak berkuasa pemeringkatan” ertinya Ketua Pengarah Lembaga
Perindustrian Kayu Malaysia;
“premis”, berhubung dengan kayu, ertinya mana-mana tempat, sama ada terbuka atau tertutup atau sama ada di atas tanah atau laut atau sama ada boleh alih atau tak boleh alih dan termasuklah mana-mana rumah, kilang, kedai, pengangkut, stor, bilik, balai, bangsal, kontena, jeti, yad, estet, ladang, gudang, pelabuhan atau lapangan terbang;
“ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 20;
“yad” ertinya mana-mana kawasan atau tempat yang digunakan bagi menyemak, memeriksa, mengeringkan, menjual, menyimpan, mengemas siap, mengawet atau membendela kayu, dan termasuklah mana-mana kawasan, tempat atau premis yang kayu, yang dimaksudkan untuk digunakan dalam mengilang apa-apa artikel atau dalam pembinaan apa-apa bangunan atau struktur, dikeringkan, diawetkan atau ditawarkan untuk dijual.
(2)
Peruntukan Akta ini tidak mengurangkan peruntukan Akta
Perhutanan Negara 1984 [Akta 313] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa berhubung dengan perhutanan.