Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2014Read it in English

Bahagian IV · Kewangan

19. Kumpulan Wang Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

Feedback & support
(1)

Lembaga hendaklah menubuhkan dan mentadbirkan suatu kumpulan wang bernama “Kumpulan Wang Lembaga Perindustrian

Kayu Malaysia.

(2)

Maka hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu—

(a)

segala wang yang dipungut, dibayar, dipinjam atau dipindahkan di bawah seksyen 14, 18, 22 dan 41;

(b)

segala wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 20 selain yang dipungut, dilevi atau diperdapatkan dalam Negeri Sabah dan Sarawak;

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)

(c)

segala wang yang dipungut di bawah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan dan yang dinyatakan dalamnya sebagai yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang itu;

(ca)

segala wang yang diperoleh atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, penyewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga termasuklah apa-apa keuntungan yang didapati daripada perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

(cb)

segala wang yang diperoleh daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada

Kumpulan Wang;

(d)

segala wang yang diterima oleh Lembaga dengan cara pemberian, sumbangan atau pinjaman daripada Kerajaan

Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri;

(dd)

segala wang yang diterima oleh Lembaga dengan cara pemberian, derma atau sumbangan daripada institusi atau agensi antarabangsa yang diiktiraf;

(e)

segala jumlah wang yang disumbangkan oleh Negeri

Sabah dan Sarawak;

(ee)

segala wang yang diterima sebagai fi dan caj bagi nasihat atau perkhidmatan yang diberikan menurut seksyen 20a;

dan

(f)

segala wang kepunyaan atau selainnya kena dibayar kepada

Lembaga.

(3)

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud yang berikut:

(a)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan secara sah oleh Lembaga, termasuk—

(i)

saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(ii)

perlindungan insurans atau insentif bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga;

30

Undang-Undang Malaysia

(iii)

biasiswa pengajian tinggi bagi pegawai dan pekhidmat Lembaga sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga;

(iv)

kos yang dilakukan dalam menyediakan kebajikan pegawai dan pekhidmat Lembaga; dan

(v)

fi dan kos guaman dan apa-apa fi dan kos lain;

(b)

memberikan pinjaman atau menyediakan modal bagi perbadanan atau syarikat yang ditubuhkan di bawah

Akta ini;

(c)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah

Akta ini dan apa-apa faedah yang kena dibayar ke atas wang itu;

(d)

tertakluk kepada kelulusan Menteri, memberikan sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan pembangunan perindustrian kayu, menggalakkan perdagangan dalam penggunaan dan pemprosesan kayu dan memastikan bekalan kayu yang mencukupi kepada perindustrian;

(e)

membiayai aktiviti penyelidikan dan pembangunan;

(f)

menyumbang kepada badan atau organisasi yang Lembaga merupakan anggota;

(g)

menyediakan pinjaman atau pemberian kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia bagi maksud pembangunan sumber manusia dalam perindustrian kayu;

(h)

memberikan pinjaman, pemberian, modal atau apa-apa bentuk bantuan lain kepada mana-mana Bumiputera atau orang yang terlibat dalam perindustrian kayu, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh

Lembaga;

(i)

membayar apa-apa perbelanjaan atau kos, yang dilakukan atau yang diterima dengan sewajarnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan)

(j)

membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, serta menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain dalam melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini; dan

(k)

pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya menyimpan suatu akaun yang berasingan berkenaan dengan wang yang diterima dengan cara pemberian daripada Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri di bawah perenggan (2)(d).

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Pemansuhan dan Peruntukan Peralihan

Schedules