Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973 · Updated to 1 Jan 2014 · Bahagian V · Pelbagai
29E. Kos memegang kayu, dsb., yang disita
Feedback & supportJika mana-mana kayu, pengangkut, jentera, peralatan, kelengkapan, buku, rekod, dokumen atau benda lain yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Lembaga sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegangnya dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang yang disabitkan atas kesalahan itu, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Lembaga oleh orang itu dan bolehlah didapatkan dengan sewajarnya.