Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pelbagai

25. Penggeledahan dan pemeriksaan tanpa waran

Feedback & support
(1)

Pendaftar, mana-mana Timbalan Pendaftar atau Penolong

Pendaftar atau mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih tinggi daripada Inspektor atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pendaftar boleh pada bila-bila masa yang munasabah memasuki dan menggeledah mana-mana tempat belajar atau tempat mengajar atau mana-mana rumah kediaman, kedai, premis perniagaan atau mana-mana premis lain yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai disimpan atau digunakan oleh mana-mana persatuan, perniagaan, perkongsian, firma atau syarikat jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya dilakukan, dan dia boleh—

(a)

memeriksa mana-mana orang yang didapati berada di dalamnya dengan syarat bahawa seseorang perempuan hanya boleh diperiksa oleh seorang perempuan lain;

(b)

menahan mana-mana orang yang didapati berada di dalamnya sehingga penggeledahan dan pemeriksaan itu selesai;

(c)

memeriksa atau membuat cabutan daripada atau mengambil milik mana-mana buku, akaun, tulisan, sepanduk, senarai ahli, lambang kebesaran, jata, dan apa-apa barang lain.

(2)

Jika seseorang pegawai menjalankan kuasa menggeledah menurut subseksyen (1), dia hendaklah menyediakan suatu senarai

(yang ditandatangani olehnya) mengenai semua barang yang disita dalam masa menjalankan penggeledahan dan pemeriksaan itu dan hendaklah tanpa kelengahan tidak wajar menghantar sendiri atau melalui pos suatu salinan senarai itu kepada pemunya atau penghuni premis itu atau kepada wakilnya.

(3)

Pegawai itu hendaklah membenarkan penghuni premis itu atau wakilnya menyaksikan penggeledahan itu.

Report