Act of Parliament · Updated to 1 Jan 2006 · 4 parts
Martial Arts Societies Act 1976
Feedback & supportA supervisory council and registration of martial arts societiesBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pertubuhan Seni
Mempertahankan Diri 1976 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.
Akta ini hendaklah dipakai di seluruh Malaysia.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain —
“mempelajari” ertinya mempelajari apa-apa gaya seni mempertahankan diri sama ada pada seseorang pengajar atau selainnya dan termasuklah mengamalkan mana-mana senaman bagi apa-apa gaya seni mempertahankan diri itu;
6
Undang-Undang Malaysia
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab atas sukan;
“seni mempertahankan diri” atau “apa-apa gaya seni mempertahankan diri”ertinya mana-mana seni mempertahankan diri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama atau mana-mana gabungan daripadanya dan apa-apa gaya latihan jasmani lain yang dengan mempelajari atau mengamalkannya akan membolehkan pelaku itu mendapat kemahiran untuk mempertahankan dirinya secara jasmani terhadap serangan bersenjata atau tidak bersenjata:
Dengan syarat bahawa walau apa pun takrif “seni mempertahankan diri” itu Menteri boleh dengan perintah yang disiarkan dalam Warta meminda Jadual Pertama;
“tempat belajar” ertinya tempat belajar yang didaftarkan di bawah seksyen 13 yang apa-apa gaya seni mempertahankan diri akan dipelajari oleh suatu pertubuhan seni mempertahankan diri;
“tempat mengajar” ertinya tempat mengajar yang didaftarkan di bawah seksyen 16 selain suatu tempat belajar, yang apa-apa gaya seni mempertahankan diri diajarkan kepada anggota pertubuhan seni mempertahankan diri oleh seseorang pengajar yang didaftarkan.
s 3Pendaftar Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri
Pendaftar Pertubuhan hendaklah menjadi Pendaftar Pertubuhan
Seni Mempertahankan Diri dan Timbalan Pendaftar Pertubuhan dan Penolong Pendaftar Pertubuhan hendaklah secara bersamaan menjadi Timbalan Pendaftar Pertubuhan Seni Mempertahankan
Diri dan Penolong Pendaftar Pertubuhan Seni Mempertahankan
Diri.
Bahagian II
Majlis Penyeliaan Seni Mempertahankan Diri
Bahagian III
Pendaftaran
Bahagian IV