Seksyen 3
Saraan bagi Ahli Parlimen
of Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980
ActIn forceProvision 3 of 12
Seksyen 3
(1)
Saraan bagi Ahli Parlimen hendaklah terdiri daripada—
(a)
dalam hal ahli Dewan Negara, elaun bulanan sebanyak sebelas ribu ringgit;
(b)
dalam hal ahli Dewan Rakyat, elaun bulanan sebanyak enam belas ribu ringgit.
(2)
Jika seseorang Ahli Parlimen dilantik sebagai Ketua
Pembangkang, dia adalah berhak, sebagai tambahan kepada elaun bulanan yang dinyatakan dalam perenggan 1(b), mendapat elaun bulanan sebanyak tiga ribu lapan ratus empat puluh enam ringgit dan lima puluh sembilan sen.
Saraan bagi Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua
Dewan Rakyat, dsb.