Seksyen 5
Elaun dan keistimewaan lain bagi orang di bawah seksyen 3 dan 4
of Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980
ActIn forceProvision 5 of 12
Seksyen 5
Sebagai tambahan kepada elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 3 dan gaji dan elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 4, orang yang dinyatakan dalam seksyen itu adalah juga berhak mendapat apa-apa elaun dan keistimewaan lain mengikut apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang diarahkan oleh Yang di-Pertuan
Agong dan arahan sedemikian itu hendaklah dibentangkan di hadapan tiap-tiap satu Majlis Parlimen.