Skip to content

Seksyen 11

Penyata, laporan, akaun dan maklumat

of Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972

ActIn forceProvision 11 of 38
Seksyen 11
(1)

Lembaga hendaklah memberi kepada Menteri dan orang, kumpulan orang atau pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, penyata, laporan, akaun dan maklumat yang dikehendakinya atau diarahkannya dari semasa ke semasa berkenaan dengan harta dan kegiatan Lembaga.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan peruntukan subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada Kerajaan Negeri Kedah dan Negeri Perlis atau mana-mana pihak berkuasa awam lain, suatu laporan berkenaan dengan kegiatan Lembaga dalam masa tahun kewangan yang sebelumnya dan mengikut apa-apa bentuk dan mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan perjalanan dan dasar Lembaga mengikut sebagaimana yang dinyatakan dari semasa ke semasa oleh Menteri.

(3)

Menteri hendaklah menyebabkan dibentangkan setiap laporan itu dalam Dewan Rakyat.