Skip to content

Seksyen 23

of Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972

ActIn forceProvision 27 of 38

Seksyen 23

(1)

Tertakluk kepada apa-apa syarat, had atau sekatan yang difikirkannya patut, Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau mana-mana orang lain untuk menjalankan bagi pihaknya apa-apa kuasa, kewajipan atau fungsi yang terletak hak atau yang dipertanggungkan pada Lembaga menurut Akta ini sebagaimana yang ditentuk oleh Lembaga, kecuali kuasa untuk meminjam wang, mendapatkan pinjaman atau membuat peraturan-peraturan; dan apa-apa kuasa atau fungsi yang diwakilkan demikian itu boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh Pengerusi atau Timbalan Pengerusi atau mana-mana orang lain itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh mewakilkan kuasa kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, mana-mana daripada ahlinya yang lain atau mana-mana orang untuk membenarkan perbelanjaan daripada Kumpulan Wang atau mana-mana wang lain di bawah kawalan Lembaga hingga setakat yang dinyatakan oleh Lembaga dalam hal itu.