Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian III · Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga
15. Pelantikan pegawai dan pekhidmat lain
Feedback & supportTertakluk kepada mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 16, Lembaga boleh melantik atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya wajar pegawai dan pekhidmat lain yang perlu bagi menjalankan maksud Akta ini.
Tiada seorang pun yang mempunyai secara langsung atau secara tidak langsung, sama ada sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau apa-apa kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga layak diambil bekerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga.
Seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga yang mempunyai atau memperoleh sesuatu syer atau kepentingan tersebut boleh, menurut budi bicara Lembaga, dibuang kerja terus tanpa notis.