Akta Lembaga Kemajuan Pertanian Muda 1972 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian VI
31. Obligasi kerahsiaan
Feedback & support(1)
Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud sesuatu prosiding jenayah di bawah Akta ini, tiada seseorang ahli, pegawai atau pekhidmat Lembaga boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah didapatinya semasa menjalankan kewajipannya dan yang tidak disiarkan menurut Akta ini.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar peruntukan subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.